Thursday 19 March 2015

Pos No. 10: Bersaksikan Sanak-saudara

Saat istiadat membatalkan air sembahyang.. dengan debar majlis ijab-kabul yang masih bersisa.

Tambahan pula disaksikan kaum keluarga yang tak berhenti-henti mengusik..

Indahnya kenangan :)

Thursday 12 March 2015

Post No. 9: Foto monokroma high-key

Sekadar satu percubaan.
Asalnya gambar pasangan yg saya ambil sekitar tahun 2009-2010 dulu.
Diolah kembali dgn style high-key.

Itu saja :)

Post No. 8: It has been a while kata orang putih..

Lama sudah tak post dalam blog ni. "Sibuk kunun"...kata orang Kedah.

So tujuan post ni salah satunya sebagai update lah kunun..x update kang kena lupus pulak akakakk..

Yang ke-2nya tujuan post ni adalah sesaje nk test apps android ni, kalau mudah & intuitif maka lepas ni boleh update guna sematfon aje :)

Enjoy the photos (maaflah kalau tak seberapa)





Monday 4 November 2013

Pos No. 7: Adat Tradisi Tidak Dilupakan

Hari demi hari, pengaruh modernisasi semakin serasi dengan cara hidup kita. Telah banyak yang berubah, samada kerana tidak sempat akibat kekangan masa, mahupun terus dilupakan sama sekali. Budaya hidup yang dahulunya dipandu adat kian hilang dan terhakis, seiring perjalanan masa yg seolah-olah tidak sabar meninggalkan kita.

Namun di celah hiruk-pikuk kehidupan bandar dan pekan, masih ada insan yg cuba membawa adat dan tradisi ini ke alaf yang baru. Saksikan momen-momen yang sempat saya abadikan semasa majlis bercukur jambul dan berendoi adik Hakim yang berlangsung di Ipoh, baru-baru ini...















Harap-harapnya dengan 14 keping gambar ini saya berjaya menyampaikan cerita tentang adat tradisi ini kepada anda, para pembaca yang bijaksana sekalian.


*Foto-foto ini dirakam dalam tugasan saya membantu mastafahmi.

Monday 8 April 2013

Pos No. 6: Jasrul & Wani Anugerah Cinta

Terima kasih kepada Encik Jasrul & Puan Wani yang memberi kepercayaan kepada kami merakam detik indah hari perkahwinan mereka. Gambar-gambar kali ini adalah gambar terpilih yang telah diedit untuk dimasukkan ke dalam album photobook majlis perkahwinan kedua mempelai ini...




Tuesday 2 April 2013

Pos No. 5: Efek Gambar Lama

Saya suka tengok gambar-gambar lama. Gambar zaman abah saya muda-muda dulu. Kebanyakannya yang tidak terjaga sudah ada yang rosak, luntur dan sebagainya. Tapi gambar-gambar yang masih elok pula seolah-olah menjadi tetingkap untuk kita melihat gaya dan cara hidup orang dulu-dulu...

Gambar ni gambar trick aje. Saja suka-suka edit macam gambar dulu-dulu, konon!



Friday 14 December 2012

Pos No. 4: Macam Anak Raja...

Macam anak raja mereka berdua ni.
Segak bergaya, dewa-dewi berchanda...

Pos kali ni pakai material yg sedia ada je. Itupun jenuh jugak korek dari peti besi, gudang kerja-kerja lama. Majlis ni bukanlah dah lama sangat berlalu, cuma gambar-gambar ni  kalau tak disimpan elok-elok, nanti rosak atau hilang pula..