Friday 14 December 2012

Pos No. 4: Macam Anak Raja...

Macam anak raja mereka berdua ni.
Segak bergaya, dewa-dewi berchanda...

Pos kali ni pakai material yg sedia ada je. Itupun jenuh jugak korek dari peti besi, gudang kerja-kerja lama. Majlis ni bukanlah dah lama sangat berlalu, cuma gambar-gambar ni  kalau tak disimpan elok-elok, nanti rosak atau hilang pula..








Monday 10 December 2012

Langkah Ketiga: Rawak

Rawak!

Begitulah post-post dari saya selepas ini. Rawak tidaklah pula bermaksud huru-hura. Rawak dalam post ini bermaksud "tiada ketetapan tertentu".

Gambar-gambar yang bakal menyusul mungkin punya dua persamaan:
1. Dari kamera saya.
2. Majoritinya adalah berkait dengan perkahwinan.
Itu sahaja persamaannya.

Selain dari itu, saya akan post gambar-gambar secara rawak.
Bermakna dalam satu post, gambar-gambar yang disiarkan tidak terikat dengan hanya satu-satu majlis. Atau tema tertentu.

"Ikut dan saja," kalau cakap mengikut slang utara.

Dan post seterusnya selepas ini akan dilabel mengikut nombor berturutan. Tiada lagi langkah keempat, kelima dan keenam. Cukuplah tiga langkah yang awal.

Itu sahaja kali ini.
Teruskan dengan persembahan!





Sunday 9 December 2012

Perkahwinan Dalam Monokromatik




Perkahwinan Dalam Monokromatik.

Ya. Itulah yang menjadi agenda blog ini ditulis.
Tapi saya tak berhajat untuk banyak menulis melalui blog ini. Saya lebih suka kiranya blog ini dipenuhi gambar-gambar majlis perkahwinan dari hasil kerja saya dalam sudahan monokromatik, dari banyak membebel yang bukan-bukan.

Tapi sebelum kita melangkah lebih jauh, rasanya saya terhutang dengan anda satu penjelasan.

Kenapa dalam monokromatik?

Susah nak dijelaskan, kerana ia bukan punya huraian saintifik yg tepat (an exact science). Lebih mudah jika saya akui, bahawa sedari dulu lagi saya memang berminat dengan fotografi dalam warna hitam dan putih. 'Sedari dulu' bermaksud sejak saya masih seorang kanak-kanak yang rajin tak tentu hala membelek gambar-gambar perkahwinan ibu-bapa saya, yang sudah tentunya dalam monokromatik (tahun 70-an, saya ingat lagi).

Bagi saya gambar-gambar dalam monokromatik amat istimewa. Tambahan pula jika ia gambar perkahwinan. Kerana kelihatan klasik, ya..mungkin. Tapi bagi saya ia lebih dari itu. Bagi saya gambar monokromatik itu seakan-akan punya dimensi ketiga yang menarik perhatian. Atau mungkin kerana ia begitu ringkas, dan tajam serta tiada gangguan dari warna-warna lain, maka gambar-gambar monokromatik ini bagi saya mungkin lebih jujur dalam berkata-kata.

Ah...huraiannya agak memeningkan bukan? Terlalu abstrak? Yang pasti gambar monokromatik sememangnya punya tempat istimewa dalam jiwa saya, sehinggakan saya telah membeli filem jenis hitam-putih untuk digunakan semasa majlis perkahwinan saya sendiri, untuk merakam detik-detik indah pernikahan saya dan isteri.

Oh ya, perlu saya maklumkan jugak, gambar-gambar monokromatik hasil kerja saya adalah dari jenis 'digital black & white'. Saya menggunakan kamera digital, dan gambar-gambar yang saya paparkan nanti adalah diproses menggunakan perisian adobe photoshop. Saya tidak berpengalaman mengendalikan kamera SLR filem dan tidak berminat untuk berdebat dengan 'purist' fotografi hitam-putih tentang 'kesahihan hitam-putih digital' (validity of digital black and white).

Itu sahaja untuk kali ini, dan tajuk post ini boleh juga dibaca "Langkah Kedua: Perkahwinan Dalam Monokromatik".

Jumpa lagi (bila saya sudah ada material seterusnya, hehehh..)

Friday 7 September 2012

Langkah pertama


Foto yang tiada kene-mengena dengan maksud tersurat atau tersirat post ini...
Woahh...

Ini cubaan pertama saya untuk berblog di blogger.com.
Sebelum ini pun pernah berblog tapi di tempat lainlah.. Di sana agak kurang berjaya. Mungkin sebab belum cukup pandai agaknya. Atau mungkin kerana di tempat lama terlampau tinggi keperluan (requirement) nya? Siapa tahu?

Tapi sekarang itu semua tak penting. Yang penting di sini, dan langkah pertama ini. Oh ya, selamat berkenalan semua!