Monday 4 November 2013

Pos No. 7: Adat Tradisi Tidak Dilupakan

Hari demi hari, pengaruh modernisasi semakin serasi dengan cara hidup kita. Telah banyak yang berubah, samada kerana tidak sempat akibat kekangan masa, mahupun terus dilupakan sama sekali. Budaya hidup yang dahulunya dipandu adat kian hilang dan terhakis, seiring perjalanan masa yg seolah-olah tidak sabar meninggalkan kita.

Namun di celah hiruk-pikuk kehidupan bandar dan pekan, masih ada insan yg cuba membawa adat dan tradisi ini ke alaf yang baru. Saksikan momen-momen yang sempat saya abadikan semasa majlis bercukur jambul dan berendoi adik Hakim yang berlangsung di Ipoh, baru-baru ini...















Harap-harapnya dengan 14 keping gambar ini saya berjaya menyampaikan cerita tentang adat tradisi ini kepada anda, para pembaca yang bijaksana sekalian.


*Foto-foto ini dirakam dalam tugasan saya membantu mastafahmi.

Monday 8 April 2013

Pos No. 6: Jasrul & Wani Anugerah Cinta

Terima kasih kepada Encik Jasrul & Puan Wani yang memberi kepercayaan kepada kami merakam detik indah hari perkahwinan mereka. Gambar-gambar kali ini adalah gambar terpilih yang telah diedit untuk dimasukkan ke dalam album photobook majlis perkahwinan kedua mempelai ini...




Tuesday 2 April 2013

Pos No. 5: Efek Gambar Lama

Saya suka tengok gambar-gambar lama. Gambar zaman abah saya muda-muda dulu. Kebanyakannya yang tidak terjaga sudah ada yang rosak, luntur dan sebagainya. Tapi gambar-gambar yang masih elok pula seolah-olah menjadi tetingkap untuk kita melihat gaya dan cara hidup orang dulu-dulu...

Gambar ni gambar trick aje. Saja suka-suka edit macam gambar dulu-dulu, konon!